Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label beri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label beri. Tampilkan semua postingan

Beri susu tamat tempoh Azeez digesa mohon maaf

Harakahdaily, 29 Okt 2013
JERAI: Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar memandang serius tindakan BN yang menghadiahkan susu tamat tempoh kepada pengundi di sini.

Menurut beliau, tindakan itu tidak seharusnya berlaku kerana ianya boleh mengancam kesihatan pengguna khususnya pengundi di sini.

"Tak kan la punya sengkek, kedekut piang BN ni. Cari la yang elok sikit nak bagi kat orang," kata Mahfuz dalam loghat Kedah pada sidang media harian di markas induk PRK Sungai Limau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan seorang pengundi yang menerima susu tamat tempoh daripada jentera BN yang datang berkempen ke rumahnya di Sungai Dedap di sini semalam.

Pada bahagian bawah tin susu yang diberi bersama tepung gandum, beras dan gula itu tertera tarikh luput pada 26 Oktober 2013 iaitu dua hari lalu.

Pada beg plastik luar pula tertera nama dan gambar Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mengulas lanjut perkara itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa  Abdul Azeez bertanggungjawab dan memohon maaf kepada pengundi di sini.

"Jangan hina orang Sungai Limau dengan susu tamat tempoh.

"Saya minta penerima untuk periksa dahalu tarikh luput tersebut. Kalau sudah tamat tempoh, jangan makan, kita khuatir keracunan," katanya.

Islam ajar beri yang terbaik

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali yang turut serta pada sidang media tersebut berkata, tindakan tersebut juga bercanggah dengan nilai-nilai agama.

Katanya, Islam mengajar umatnya agar memberi hadiah dengan sesuatu yang baik kepada orang lain yang tidak memudaratkan penerimanya.

"Islam ajar kita bagi hadiah dengan barang yang baik dan elok.

"Seperti yang diajar agama bahawa jangan beri barangan yang tidak elok yang kita sendiri tidak mahu mengambilnya (jika barang itu diberi kepada kita)," katanya.

0 komentar

Masjid aktif beri kesan positif kepada PAS

Harakahdaily, 17 Nov 2013

Adly menyampaikan ucapan pada Konvensyen PAS Melaka kali ke-2 di Bukit Katil, pagi ini.

MELAKA: Masjid yang aktif memberi kesan yang positif kepada perjuangan Islam, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari.

Ini, katanya kerana masyarakat Melayu di kawasan berkenaan mahu kepada Islam yang secara tidak langsung memberi sokongan kepada PAS.

Beliau berkata, ini terbukti pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu di mana PAS negeri berjaya mendapat sokongan 50 peratus di sesetengah unit peti undi (UPU) yang melibatkan ramai pengundi Melayu.

“Kalau masjid aktif menunjukkan manusia mahu kepada Islam, ia memberi rangsangan dan sokongan kepada kita.

“Ini pendekatan yang harus kita buat,” ujarnya ketika berucap pada Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Kompleks PAS Bukit Katil, dekat sini pagi ini.

Justeru, beliau menggesa ahli-ahli dan pendukung PAS supaya menghidupkan masjid, paling tidak pun menunaikan solat berjemaah di rumah Allah itu.

Berdasarkan pengalaman, katanya di UPU yang ramai orang Melayu tetapi masjid tidak aktif menyebabkan sukar PAS mendapat sokongan pengundi.

Katanya, beliau pernah membuat tinjauan di beberapa kawasan seumpama itu didapati pegawai masjid pun tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah.

Tambahnya, kehadiran para pendukung PAS memakmurkan masjid menjadikan PAS dekat dengan masyarakat.



Sebahagian peserta Konvensyen PAS Melaka ke-2, pagi ini.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. grow up - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger