Featured Post Today
print this page
Latest Post

Sharnaaz Ahmad Mahu Bergelar Pelumba Motosikal


PELAKON Sharnaaz Ahmad memberitahu dia berhasrat merealisasikan cita-citanya untuk bergelar pelumba motosikal profesional yang dipendam sejak kecil.

Sharnaaz, 28, berkata, dia sudah menjalani latihan di Litar Sepang sejak beberapa bulan lalu dan mengakui bukan mudah untuk mengendalikan motosikal berkuasa tinggi.

“Saya memang sudah lama minat untuk menjadi pelumba motosikal tetapi hasrat itu masih belum tercapai namun kini saya sudah mula menjalani latihan dan sukan ini sangat menyeronokkan.

“Setakat ini saya masih baharu lagi menjalani latihan dan ternyata bukan mudah untuk menjadi seorang penunggang profesional selain banyak perkara yang saya pelajari,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Sharnaaz berkata, selain pengendalian yang betul, ciri-ciri keselamatan juga perlu diberi fokus supaya tidak berlaku sebarang kemalangan tidak diingini.

“Apa-apa pun keselamatan paling penting dan perkara itu sangat diutamakan kepada semua pelumba,” ujarnya.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia juga berhasrat untuk kembali kepada kerjaya lamanya iaitu dalam bidang hartanah selepas mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia lakonan.

Bagaimanapun kata Sharnaaz, buat masa ini dia masih lagi mempertimbangkan keputusannya itu kerana dia masih mempunyai beberapa lagi projek yang perlu diselesaikan sebelum bersara.

“Saya sayangkan dunia lakonan tetapi dengan pelbagai kontroversi yang melanda membuat saya nekad dengan keputusan itu. Bagaimanapun saya tidak boleh pentingkan diri kerana masih ada beberapa projek perlu diselesaikan,” katanya.

Sharnaaz bakal muncul dengan drama terbaharunya berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta bergandingan dengan Nelydia Senrose bermula hari ini (Isnin) di saluran Mustika HD 134. – mStar
0 komentar

Budak malang yang dipotong kedua kaki dan tangan dapat pampasan RM30 juta

myMetro 


SACRAMENTO: Keluarga kanak-kanak yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki dan tangannya kerana terlalu lama terbiar di bilik kecemasan semalam bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan pampasan RM30 juta.

Malyia Jeffers baru berusia dua tahun apabila dibawa ibu bapanya ke Hospital Methodist di Sacramento pada November tahun lalu kerana demam, masalah kulit dan lesu.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sacramento pada 14 Februari lalu, kakitangan hospital berkenaan meminta keluarga terbabit menunggu di situ walaupun keadaan Malyia semakin serius.

Dokumen itu menyatakan, ibu bapa Malyia merayu berkali-kali supaya petugas hospital merawat anak mereka, tetapi terus diminta menunggu sehingga lima jam sebelum dibawa berjumpa doktor.

“Pasangan Ryan Jeffers dan Leah Yang melihat sendiri bagaimana anak mereka semakin lemah dan kritikal apabila petugas hospital enggan memberikan rawatan awal,” dakwa dokumen itu.


Sebelum dirawat, kesan tubuh Malyia semakin merebak sehingga ke kedua-dua kaki, tangan dan muka.

Keadaan itu menyebabkan Jeffers dan Leah ketakutan kerana bimbang Malyia akan menghembus nafas terakhir sebelum sempat dirawat.

Selepas diperiksa, Malyia diterbangkan ke Hospital Kanak-kanak Lucile Packard di Universiti Stanford.

Di situ, doktor menemui bakteria Streptococcus A yang menjangkiti darah dan organ Malyia, memaksa mereka segera menjalankan pembedahan membuang kedua-dua kaki kanak-kanak malang terbabit.

Menurut dokumen mahkamah, sebahagian besar wang pampasan itu akan disimpan dalam tabung amanah untuk kegunaan semasa dan akan datang Malyia.

Simpanan itu juga membolehkan Malyia menerima anuiti AS$$16,932 (RM51,888) sebulan apabila dia berusia 18 tahun.

Bayaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa dan Milya akan memperoleh anuiti hampir dua kali ganda menjelang usianya 30 tahun. - DM

0 komentar

GAMBAR 9 Tahanan Larikan Van PDRM Turut Pukul Dan Larikan Anggota Polis!


GAMBAR: 9 Tahanan Larikan Van PDRM, Turut Pukul Dan Larikan Anggota Polis!

Dua daripada sembilan tahanan, yang meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul empat anggota polis pengiring ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di sini pagi tadi, berjaya ditangkap semula.
Sementara tujuh lagi dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang kelapas sawit selepas berjaya membuka gari menggunakan kunci yang ada di dalam van berkenaan.
“Tujuh yang melarikan diri ini berusia antara 20 dan 30 tahun serta sangat berbahaya dan agresif,” kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dipetik Bernama petang ini.
Dalam kejadian pukul 9 pagi di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth itu, empat anggota polis terbabit turut ditolak keluar daripada van di tepi lebuh raya berkenaan.
Van itu dijumpai ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor dekat sini, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian iaitu di Tol Bagan Ajam berhampiran Pantai Bersih, katanya kepada pemberita selepas melawat anggota polis yang cedera terbabit di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.
Mengulas rentetan kejadian, Abdul Rahim berkata, tahanan terbabit dibawa ke mahkamah bagi prosiding sebutan semula kes dan mendapat perintah tahanan reman.
“Ketika tiba di Tol Bagan Ajam iaitu berhampiran Pantai Bersih, seorang OKT (tahanan) yang dibawa itu berpura-pura bergaduh antara satu sama lain lalu menyebabkan anggota polis yang memandu van berkenaan memberhentikan kenderaan di tepi jalan.
“Semasa van itu berhenti, salah seorang daripada suspek itu bertindak membaling serbuk cili kepada anggota polis pengiring sehingga menyebabkan mata mereka pedih.
“Dalam masa yang sama mereka (sembilan OKT) bertindak memukul empat anggota polis pengiring terbabit dengan gari dan tangan mereka,” katanya.
Abdul Rahim berkata, empat anggota polis yang mengalami kecederaan di mata, kepala dan kaki itu dirawat sebagai pesakit luar di HSJ.
“Empat anggota polis berusia 30-an itu dari Balai Butterworth, di sini mendakwa dihentak dan dipukul dengan gari dan kejadian itu berlaku dengan pantas,” katanya.
Kes itu disiasat menurut Seksyen 223/224 kerana cuai dan 394 Kanun Keseksaan.
“Selain itu kita juga akan menyiasat empat anggota polis yang mengiringi mereka kerana mungkin kelalaian pihak polis kerana tidak membuat pemerikaan secara terperinci ketika mengambil OKT daripada penjara,” katanya.
sumber
photo320130107163855
385338_10200233403543951_1234624627_n

0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. grow up - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger