Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label dapat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dapat. Tampilkan semua postingan

Gara Gara Kutu Wanita Ini Dapat 7 8 Miliar Rupiah


Seorang penyewa apartemen, Faika Shaaban mendapatkan Rp 7.8 miliar dari mahkamah atas tuntutan hukumnya. Shabaan menggugat pemilik apartemen sewaannya, Cornelius J. Barrett dan West Street Partnership, kerana membiarkan adanya serangga kecil penghuni tempat tidur atau kepinding (kutu kasur).
Dilansir tempo, “Menurut gugatan itu, penggugat menderita ratusan gigitan dan luka akibat kutu, yang ia klaim bahawa pemilik mengetahui keadaan ini sejak 2011, sebelum Shaaban pindah ke apartemen itu,” tulis Daily Mail, Senin, 3 Jun  2013. Shaaban juga mengklaim bahawa pemilik apartemen mengabaikan keluhan tentang kutu dari pemilik-pemilik sebelumnya.

Sebelum keputusan mahkamah, atas gugatannya ini Shaaban diusir dari apartemen dan tinggal di jalanan sehingga barang-barangnya habis dicuri. "Dia hampir kehilangan segalanya kerana masalah ini,” ujar pengacara Shaaban, Daniel Whitney kepada Baltimore Sun.
Kes kepiding ini memang tengah marak terjadi di Amerika. Whitney mengaku, saat ini ia tengah menjalani proses hukum 75 kliennya dengan gugatan serupa. Keputusan juri yang mengabulkan tuntutan Shaaban dinilai sebagai sebuah pembelajaran agar kejadian serupa tak terulang. “Semoga ini membawa pesan kepada masyarakat, terutama kepada pemilik apartemen, agar lebih berhat-hati dengan membasmi serangga merugikan ini,” tambah Whitney.

SUMBER
0 komentar

Budak malang yang dipotong kedua kaki dan tangan dapat pampasan RM30 juta

myMetro 


SACRAMENTO: Keluarga kanak-kanak yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki dan tangannya kerana terlalu lama terbiar di bilik kecemasan semalam bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan pampasan RM30 juta.

Malyia Jeffers baru berusia dua tahun apabila dibawa ibu bapanya ke Hospital Methodist di Sacramento pada November tahun lalu kerana demam, masalah kulit dan lesu.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sacramento pada 14 Februari lalu, kakitangan hospital berkenaan meminta keluarga terbabit menunggu di situ walaupun keadaan Malyia semakin serius.

Dokumen itu menyatakan, ibu bapa Malyia merayu berkali-kali supaya petugas hospital merawat anak mereka, tetapi terus diminta menunggu sehingga lima jam sebelum dibawa berjumpa doktor.

“Pasangan Ryan Jeffers dan Leah Yang melihat sendiri bagaimana anak mereka semakin lemah dan kritikal apabila petugas hospital enggan memberikan rawatan awal,” dakwa dokumen itu.


Sebelum dirawat, kesan tubuh Malyia semakin merebak sehingga ke kedua-dua kaki, tangan dan muka.

Keadaan itu menyebabkan Jeffers dan Leah ketakutan kerana bimbang Malyia akan menghembus nafas terakhir sebelum sempat dirawat.

Selepas diperiksa, Malyia diterbangkan ke Hospital Kanak-kanak Lucile Packard di Universiti Stanford.

Di situ, doktor menemui bakteria Streptococcus A yang menjangkiti darah dan organ Malyia, memaksa mereka segera menjalankan pembedahan membuang kedua-dua kaki kanak-kanak malang terbabit.

Menurut dokumen mahkamah, sebahagian besar wang pampasan itu akan disimpan dalam tabung amanah untuk kegunaan semasa dan akan datang Malyia.

Simpanan itu juga membolehkan Malyia menerima anuiti AS$$16,932 (RM51,888) sebulan apabila dia berusia 18 tahun.

Bayaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa dan Milya akan memperoleh anuiti hampir dua kali ganda menjelang usianya 30 tahun. - DM

0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. grow up - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger