Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label kecam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kecam. Tampilkan semua postingan

Pemuda UMNO Kecam Ka Siong


KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong berhubung larangan pengunaan kalimah Allah terhadap bukan Islam sebagai tidak bertanggungjawab.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, Ka Siong seorang yang tidak peka terhadap keharmonian masyarakat negara ini apabila mengeluarkan kenyataan beliau tidak bersetuju dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang orang bukan Islam di negeri itu menggunakan kalimah Allah.

“Sultan Selangor yang menitahkan agar semua rakyat negeri itu mematuhi larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sejajar dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan lalu yang melarang penerbitan Katolik tempatan menggunakan kalimah Allah dalam edisi Bahasa Melayu.

“Tiada sebab bagi seorang tidak mempedulikan titah baginda selaku Ketua Agama Islam negeri. Siapakah dia (Ka Siong) hendak mempertikaikan titah Sultan,” soalnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Khairul Azwan berkata, Ka Siong sebagai seorang pemimpin politik tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan demikian kerana ia sedikit sebanyak mencemar nama baik MCA dan menampakkan beliau seorang yang tidak matang dan sensitif.

Tegas beliau, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Ka Siong sepatutnya mencari jalan mencapai keharmonian dan perpaduan, bukan mengeluarkan kenyataan membabi buta yang menimbulkan perbalahan.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. grow up - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger