Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan

Pemuda UMNO Kecam Ka Siong


KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong berhubung larangan pengunaan kalimah Allah terhadap bukan Islam sebagai tidak bertanggungjawab.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, Ka Siong seorang yang tidak peka terhadap keharmonian masyarakat negara ini apabila mengeluarkan kenyataan beliau tidak bersetuju dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang orang bukan Islam di negeri itu menggunakan kalimah Allah.

“Sultan Selangor yang menitahkan agar semua rakyat negeri itu mematuhi larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sejajar dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan lalu yang melarang penerbitan Katolik tempatan menggunakan kalimah Allah dalam edisi Bahasa Melayu.

“Tiada sebab bagi seorang tidak mempedulikan titah baginda selaku Ketua Agama Islam negeri. Siapakah dia (Ka Siong) hendak mempertikaikan titah Sultan,” soalnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Khairul Azwan berkata, Ka Siong sebagai seorang pemimpin politik tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan demikian kerana ia sedikit sebanyak mencemar nama baik MCA dan menampakkan beliau seorang yang tidak matang dan sensitif.

Tegas beliau, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Ka Siong sepatutnya mencari jalan mencapai keharmonian dan perpaduan, bukan mengeluarkan kenyataan membabi buta yang menimbulkan perbalahan.
0 komentar

22 Orang Pemimpin UMNO Tanding Tiket Bebas

Pencinta Keadilans photo
Pecah Berita! 22 Orang Pemimpin UMNO Isytihar Keluar Parti, Tanding Tiket Bebas!!!

menjelangnya pilihanraya umum ke 13 pada 5 may ini, begitu ramainya pemimpin Barisan Nasional BERPALING TADAH dan berlawan sesama sendiri, ini menunjukkan bahawa kepimpinan Najib Razak sangat lemah dan ramai yang bertindak keluar parti
sebelum di pecat, seterusnya menjadi calon BEBAS.

Bagi Pakatan Rakyat pula, hanya 6 kerusi saja menjadi rebutan bagi parti pembangkang itu sesama sendiri, tetapi tidak bertindak keluar dari Pakatan.

Berbanding Barisan Nasional iaitu 22 ahli UMNO, 2 dari GERAKAN dan 1 dari MCA, yang mana jumlah keseluruhannya adalah 25 orang calon bebas keluar Barisan Nasional.

6 orang - Pakatan Rakyat.
25 orang - Barisan Nasional.

berikut senarai pemimpin BN yang isytihar keluar BN dan bertanding atas tiket BEBAS.

1. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar

2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek
Gelugor,

3. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang

4. Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang

5. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen
Bandar Tun Razak

6. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat – Parlimen
Bandar Tun Razak

7. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai

8. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara

9. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali

10. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor
Mengkudu

11. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau

12. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning

13. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari – Parlimen
Pengerang

14. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu – DUN Gambir

15. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir

16. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu,
Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri

17. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek

18. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil

19. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat

20. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti

21. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu

22. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul – DUN Sungai
Sibugah

23. Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan – Parlimen Batu Kawan, DUN Bukit Tengah

24. Penyelaras DUN Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe – DUN Kuala Kubu Bharu

25. Ketua MCA cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu, Yoong Tham Fook – DUN Kuala
Kubu Bharu
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. grow up - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger