Featured Post Today
print this page
Latest Post

Video Lawak Parody ‘Muara Hati’ Siti Hafiz

Video Lawak Parody ‘Muara Hati’ Siti & Hafiz


Dari awal hingga habis penulis menonton video ‘parody’ lagu Muara Hati tinjauan duet antara penyanyi Hafiz dan Datuk Siti Nurhaliza, memang tak berhenti-henti senyum dan gelak.
Macam-macam aksi dan keletah yang ditampilkan dalam video itu.
Individu yang memuat naik video parody ini bernama @luqmanbinkhalid yang penulis percaya pelakon dan editor juga untuk video komedi ini.
Dialah yang menjadi ‘Hafiz’ dan dia jugalah yang menjadi ‘Siti’.
Dalam video ini, Luqman berjaya membawa identiti sebagai Hafiz di mana memakai baju dan seluar ‘track’ sahaja.
Sama seperti penampilan Hafiz dalam satu pertandingan nyanyian tahun lalu.
Malah, dia juga menggunakan kepala mop untuk melihatkan rambutnya sama seperti Hafiz. Cuma, warna mop itu lain daripada rambut Hafiz.
Selain itu, Luqman ini juga sempat mempromosikan barangan kosmetik milik Siti iaitu SimplySiti.
Alahai, peminat setia Siti agaknya!
Apa-apa pun, memang lawak kalau menonton video ini kerana Luqman berjaya menampilkan aksi dan mimik muka yang lucu.
Video yang dia edit juga berjaya memberikan kesan dengan setiap rentak lagu tema untuk drama Adam dan Hawa yang disiarkan di saluran Astro sekarang.
Cakap banyak tak guna, apa kata kita layan. Jom!

0 komentar

Beri susu tamat tempoh Azeez digesa mohon maaf

Harakahdaily, 29 Okt 2013
JERAI: Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar memandang serius tindakan BN yang menghadiahkan susu tamat tempoh kepada pengundi di sini.

Menurut beliau, tindakan itu tidak seharusnya berlaku kerana ianya boleh mengancam kesihatan pengguna khususnya pengundi di sini.

"Tak kan la punya sengkek, kedekut piang BN ni. Cari la yang elok sikit nak bagi kat orang," kata Mahfuz dalam loghat Kedah pada sidang media harian di markas induk PRK Sungai Limau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan seorang pengundi yang menerima susu tamat tempoh daripada jentera BN yang datang berkempen ke rumahnya di Sungai Dedap di sini semalam.

Pada bahagian bawah tin susu yang diberi bersama tepung gandum, beras dan gula itu tertera tarikh luput pada 26 Oktober 2013 iaitu dua hari lalu.

Pada beg plastik luar pula tertera nama dan gambar Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mengulas lanjut perkara itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa  Abdul Azeez bertanggungjawab dan memohon maaf kepada pengundi di sini.

"Jangan hina orang Sungai Limau dengan susu tamat tempoh.

"Saya minta penerima untuk periksa dahalu tarikh luput tersebut. Kalau sudah tamat tempoh, jangan makan, kita khuatir keracunan," katanya.

Islam ajar beri yang terbaik

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali yang turut serta pada sidang media tersebut berkata, tindakan tersebut juga bercanggah dengan nilai-nilai agama.

Katanya, Islam mengajar umatnya agar memberi hadiah dengan sesuatu yang baik kepada orang lain yang tidak memudaratkan penerimanya.

"Islam ajar kita bagi hadiah dengan barang yang baik dan elok.

"Seperti yang diajar agama bahawa jangan beri barangan yang tidak elok yang kita sendiri tidak mahu mengambilnya (jika barang itu diberi kepada kita)," katanya.

0 komentar

Black 505 Rafizi turut didakwa


  • Nigel Aw
  • Malaysiakini Jul 19 2013
Dua pemimpin pembangkang dan seorang kakitangan pejabat Pakatan Rakyat akan didakwa bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) ekoran peranan mereka dalam perhimpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun.

Selain Anthony Loke (Seremban) dan Rafizi Ramli (Pandan), kakitangan sekretariat Pakatan Adib Ishar akan turut diheret ke mahkamah.

NONEKetika dihubungi, peguam Latheefa Koya berkata, ketiga-tiga mereka akan hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 24 Julai, tetapi sama mereka akan dituduh di mahkamah sesyen atau mahkamah majistret akan dimaklumkan kemudian.

Rafizi, yang kenyataannya dirakamkan di ibu pejabat polis Dang Wangi semalam berkata, pendakwaan dibuat berhubung notis perhimpunan tidak lengkap.

"Mereka (polis) berkata bahawa saya tidak mematuhi syarat PAA kerana menyerahkan notis tanpa memberikan bukti saya mempunyai kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya kepada Malaysiakini.
0 komentar

Daftar Vampir Paling Top di Dunia

foto

Vampir berparas rupawan di seri Twilight boleh mendominasi box office belakangan ini, tapi survei membuktikan vampir jadul Count Dracula sebagai mahluk penghisap darah paling populer sepanjang sejarah perfilman.
Survei itu dilansir majalah film Inggris, SFX, dalam situsnya www.sfx.co.uk. Lebih dari 8000 responden ikut sumbang suara.

Count Dracula, yang digambarkan sebagai pria tua pucat dengan taring untuk merobek urat korban, pertama nongol di layar perak pada 1950-an, diperankan oleh Christopher Lee. Tokoh horor ini kembali difilmkan dalam Bram Stokers Dracula oleh Gary Oldman pada 1992.

Di posisi runner up, bertengger Spike, dari serial televisi Buffy the Vampire Slayer, dan Angel dari serial yang sama. Serial Buffy terbukti sukses dalam urusan hisap-menghisap darah karena bertinjauan menempatkan empat tokohnya dalam daftar sepuluh besar.

Uniknya, Edward Cullen, vampir tampan dan bertubuh bagas dalam seri Twilight, tidak masuk dalam kategori vampir top. Penghisap darah yang diperankan Robert Pattison ini cuma nangkring di posisi 14, kalah dari bebek penghisap darah dalam Count Duckula milik Disney di posisi 9.

Berikut daftar vampir paling tersohor:
1. Dracula
2. Spike (Buffy the Vampire Slayer)
3. Angel (Buffy the Vampire Slayer)
4. John Mitchell (Being Human)
5. Drusilla (Buffy the Vampire Slayer)
6. Eric Northman (True Blood)
7. Mick St John (Moonlight)
8. Selene (Underworld)
9. Count Duckula (Count Duckula)
10.Darla (Buffy the Vampire Slayer)
 
 
sumber
0 komentar

Usah momokkan pengundi kata Musa pada Dr M Shahrizat

  • Malaysiakini Apr 17 2013
 
Bekas ketua polis negara Musa Hassan menggesa ahli politik berhenti menakutkan orang ramai dengan membuat kenyataan tentang kemungkinan berlakunya ketegangan dan rusuhan kaum jika terdapat pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum.

Bercakap dalam forum berhubung peralihan kuasa yang aman dan lancar di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam, Musa mengulas kenyataan terbaru oleh Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil dan bekas perdana menteri Dr Dr Mahathir Mohamad.

NONEShahrizat sebelum ini dilapor membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969 dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Tahunan Umno pada November tahun lalu.

Sementara Mahathir pula baru-baru ini menulis di blog bahawa pemimpin popular DAP Lim Kit Siang boleh merenggangkan Melayu dan Cina dalam kempennya untuk mendapatkan Gelang Patah.

"Sebagai pemimpin, mereka patut menasihatkan rakyat bertenang dalam memilih kerajaan pilihan hati mereka," kata Musa, yang dilihat lantang menyuarakan pendapatnya selepas bersara.

"Bagi saya, (kenyataan) itu hampir seperti menghasut," tambahnya.
0 komentar

Cerai Sebab Masalah Ketagihan Dadah Lamar


KHLOE Kardashian dikatakan mahu menuntut cerai disebabkan masalah ketagihan dadah suaminya, Lamar Odom yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Menurut sumber TMZ, Lamar dikatakan mempunyai masalah kebergantungan terhadap bahan terlarang itu sejak dua tahun lalu.

Ogos tahun lalu, Khloe telah memaksa suaminya mendaftar di pusat pemulihan di San Diego namun hanya selepas tiga minggu, Lamar sudah meninggalkan pusat tersebut.

Walaupun berdepan dengan krisis penceraian, satu sumber mengatakan Khloe lebih mementingkan mahu menyelamatkan Lamar daripada najis dadah daripada menamatkan perkahwinan mereka.

Ahli keluarga Kardashian yang lain turut sudah memujuk Lamar untuk memasuki semula pusat pemulihan namun bintang bola keranjang itu tetap dengan pendiriannya tidak akan kembali ke situ.

Oleh:  AUDREY LEE
0 komentar

Skuad Wushu Peroleh 2 Perak 1 Gangsa


PALEMBANG – Skuad wushu negara ke Temasya Sukan Perpaduan Islam (ISG 2013) Ketiga membuka gelanggang hari pertama dengan mengutip dua pingat perak dan satu pingat gangsa di Stadium Gimnastik Jakabaring dekat sini hari ini.

Pingat perak pertama negara diraih menerusi Gjeblehim Bong Teck Fuu yang beraksi dalam acara Nan Quan individu lelaki dengan mengutip 9.60 mata, pingat gangsa pula milik rakan senegara Kevan Cheah Peng Heng selepas mengumpul 9.56 mata.

Atlet Iran, Farshad Arabi dinobatkan sebagai juara selepas meraih 9.63 mata.

Chan Lu Yi menyumbang pingat perak kedua negara setelah berjaya mendapat 9.54 mata bagi acara Taiji Quan individu wanita.

Pingat emas bagi acara itu milik tuan rumah, Indonesia menerusi atletnya Lindswell setelah berjaya mengutip 9.69 mata, manakala pingat gangsa dimenangi Hamideh Barkhor yang mewakili Iran dengan kutipan 9.30 mata.

Bong, 22, berkata beliau masih tidak percaya dapat menyumbang pingat pertama dari kem wushu hari ini keranau tidak meletakkan sebarang harapan sebelum ini.

“Saya tidak percaya boleh menang hari ini, kejayaan ini membakar semangat saya untuk menyumbang sebutir pingat lagi daripada acara Nan Dao individu lelaki esok dan acara Nan Gun individu lelaki pada hari berikutnya,” katanya kepada Bernama.

Atlet pelapis berasal dari Serawak itu berkata saingan yang diterima daripada peserta lain terutama dari Iran amat mencabar dan beliau rasa bertuah kerana dapat mempelajari sesuatu yang baharu di Palembang.

“Saya harap mampu pergi jauh lagi dalam sukan wushu kerana ia telah menjadi sebahagian daripad hidup saya,” katanya. – BERNAMA
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. grow up - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger