Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label dan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dan. Tampilkan semua postingan

KANDUNGAN GIZI DAN MANFAAT MERICA ATAU LADA

Kandungan Gizi dan Manfaat Merica atau Lada - Merica atau biasa disebut juga lada tentu sudah familiar sekali dikalangan masyarakat, merica atau lada sering digunakan para ibu-ibu sebagai bumbu masak di dapur. Merica atau lada juga sering digunakan sebagai campuran ramuan obat herbal. Harga jual lada juga cukup tinggi sehingga tidak sedikit petani yang menanam lada yang sangat menggiurkan hasilnya. Merica atau lada ( Piper nigrum L ) dikenal ada dua macam yaitu lada hitam dan lada putih. Namun yang membedakan keduanya adalah cara memanen dan mempersiapkannya sebelum dipasarkan. Merica putih adalah merica yang  dipetik ketika sudah matang. Kemudian kulitnya dikupas dengan cara direndam didalam air selama dua minggu, setelah itu merica dikeringkan di bawah sinar matahari selama tiga hari. Sementara lada hitam adalah merica yang dipetik saat kulitnya masih hijau, tidak direndam dan segera dikeringkan dibawah sinar matahari.

Klasifikasi Tanaman Lada/Merica

  1. Divisi : Spermatophyta (tanaman berbiji)
  2. Sub divisi : Angiospermae (biji berada di dalam buah)
  3. Kelas : Monocotyledoneae (biji berkeping satu)
  4. Ordo : Piperales
  5. Famili : Piperaceae
  6. Genus : Piper
  7. Spesies : Piper nigrum Linn

Kandungan Gizi pada Lada/Merica

  • Nama Bahan Makanan : Merica
  • Nama Lain / Alternatif : -
  • Banyaknya Merica yang diteliti (Food Weight) = 100 gr
  • Bagian Merica yang dapat dikonsumsi (Bdd / Food Edible) = 100 %
  • Jumlah Kandungan Energi Merica = 359 kkal
  • Jumlah Kandungan Protein Merica = 11,5 gr
  • Jumlah Kandungan Lemak Merica = 6,8 gr
  • Jumlah Kandungan Karbohidrat Merica = 64,4 gr
  • Jumlah Kandungan Kalsium Merica = 460 mg
  • Jumlah Kandungan Fosfor Merica = 200 mg
  • Jumlah Kandungan Zat Besi Merica = 17 mg
  • Jumlah Kandungan Vitamin A Merica = 0 IU
  • Jumlah Kandungan Vitamin B1 Merica = 0,2 mg
  • Jumlah Kandungan Vitamin C Merica = 0 mg

Manfaat Lada/Merica untuk Kesehatan

  1. Membantu menurunkan berat badan
    Lada mengandung capsaicin yang merupakan senyawa yang membuat rasa pedas seperti pada cabai. Capsaicin juga berguna untuk membantu menurunkan berat badan.
  2. Radang sendi
    Capsaicin juga berkhasiat sebagai zat anti-inflamasi  yang  akan emembantu meringankan kondisi peradangan, seperti pembengkakan dan rasa sakit pada menderita arthritis .
  3. Kanker
    Sebuah studi yang dilakukan oleh ilmuwan Inggris di University of Nottingham, dan studi lain oleh American Association of Cancer Research melaporkan bahwa capsaicin yang ditemukan dalam paprika sebenarnya mampu membunuh sel kanker tertentu, terutama sel kanker prostat.
  4. Sakit kepala
    Kandungan capsaicin dalam cabai juga bisa berfungsi untuk memblokir neuropeptida yang dikenal sebagai substansi P, yang merupakan syaraf pengirim utama rasa sakit ke otak. Jadi makan merica dapat mengirangi gejala nyeri saat sakit kepala.
  5. Hidung tersumbat
    Capsaicin dapat membersihkan sinus, bahkan dapat membantu untuk melawan infeksi sinus dengan membersihkan saluran rongga udara hidung. Dengan demikian merica juga dapat membantu melonggarkan pernafasan saat hidung tersumbat.
  6. Sakit perut
    Merica tidak bisa menyembuhkan sakit perut, namun setidaknya dapat mencegah penyakit ini. Pedas atau panas merica dapat membunuh bakteri jahat di dalam perut dan usus yang merupakan penyebab sakit perut.
  7. Tekanan darah tinggi
    Merica  dan cabai pada umumnya mengandung banyak flavonoid, vitamin C dan vitamin A, yaitu zat yang juga dapat  menurunkan tekanan darah tinggi.
  8. Kesehatan jantung
    Terlalu banyak cairan tubuh bisa berdampak buruk bagi kesehatan jantung. Banyaknya cairan di sekitar dinding jantung akan mengakibatkan ketegangan pada jantung, dan berpotensi bisa membahayakan. Salah satu tanda cairan terlalu banyak adalah bengkak pada pergelangan kaki dan tangan. Gejala lainnya adalah kesulitan bernapas, karena terlalu banyak cairan dapat menekan paru-paru. Merica akan menyebabkan kita berkeringat,  dan semakin kita berkeringat cairan dalam tubuh akan berkurang.
  9. Anti -oksidan
    Senyawa flavanoids, vitamin A dan C yang ditemukan dalam merica juga merupakan zat antioksidan, yang bermanfaat untuk menanggulangi dampak kerusakan sel akibat radikal bebas.
0 komentar

Budak malang yang dipotong kedua kaki dan tangan dapat pampasan RM30 juta

myMetro 


SACRAMENTO: Keluarga kanak-kanak yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki dan tangannya kerana terlalu lama terbiar di bilik kecemasan semalam bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan pampasan RM30 juta.

Malyia Jeffers baru berusia dua tahun apabila dibawa ibu bapanya ke Hospital Methodist di Sacramento pada November tahun lalu kerana demam, masalah kulit dan lesu.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sacramento pada 14 Februari lalu, kakitangan hospital berkenaan meminta keluarga terbabit menunggu di situ walaupun keadaan Malyia semakin serius.

Dokumen itu menyatakan, ibu bapa Malyia merayu berkali-kali supaya petugas hospital merawat anak mereka, tetapi terus diminta menunggu sehingga lima jam sebelum dibawa berjumpa doktor.

“Pasangan Ryan Jeffers dan Leah Yang melihat sendiri bagaimana anak mereka semakin lemah dan kritikal apabila petugas hospital enggan memberikan rawatan awal,” dakwa dokumen itu.


Sebelum dirawat, kesan tubuh Malyia semakin merebak sehingga ke kedua-dua kaki, tangan dan muka.

Keadaan itu menyebabkan Jeffers dan Leah ketakutan kerana bimbang Malyia akan menghembus nafas terakhir sebelum sempat dirawat.

Selepas diperiksa, Malyia diterbangkan ke Hospital Kanak-kanak Lucile Packard di Universiti Stanford.

Di situ, doktor menemui bakteria Streptococcus A yang menjangkiti darah dan organ Malyia, memaksa mereka segera menjalankan pembedahan membuang kedua-dua kaki kanak-kanak malang terbabit.

Menurut dokumen mahkamah, sebahagian besar wang pampasan itu akan disimpan dalam tabung amanah untuk kegunaan semasa dan akan datang Malyia.

Simpanan itu juga membolehkan Malyia menerima anuiti AS$$16,932 (RM51,888) sebulan apabila dia berusia 18 tahun.

Bayaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa dan Milya akan memperoleh anuiti hampir dua kali ganda menjelang usianya 30 tahun. - DM

0 komentar

GAMBAR 9 Tahanan Larikan Van PDRM Turut Pukul Dan Larikan Anggota Polis!


GAMBAR: 9 Tahanan Larikan Van PDRM, Turut Pukul Dan Larikan Anggota Polis!

Dua daripada sembilan tahanan, yang meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul empat anggota polis pengiring ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di sini pagi tadi, berjaya ditangkap semula.
Sementara tujuh lagi dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang kelapas sawit selepas berjaya membuka gari menggunakan kunci yang ada di dalam van berkenaan.
“Tujuh yang melarikan diri ini berusia antara 20 dan 30 tahun serta sangat berbahaya dan agresif,” kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dipetik Bernama petang ini.
Dalam kejadian pukul 9 pagi di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth itu, empat anggota polis terbabit turut ditolak keluar daripada van di tepi lebuh raya berkenaan.
Van itu dijumpai ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor dekat sini, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian iaitu di Tol Bagan Ajam berhampiran Pantai Bersih, katanya kepada pemberita selepas melawat anggota polis yang cedera terbabit di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.
Mengulas rentetan kejadian, Abdul Rahim berkata, tahanan terbabit dibawa ke mahkamah bagi prosiding sebutan semula kes dan mendapat perintah tahanan reman.
“Ketika tiba di Tol Bagan Ajam iaitu berhampiran Pantai Bersih, seorang OKT (tahanan) yang dibawa itu berpura-pura bergaduh antara satu sama lain lalu menyebabkan anggota polis yang memandu van berkenaan memberhentikan kenderaan di tepi jalan.
“Semasa van itu berhenti, salah seorang daripada suspek itu bertindak membaling serbuk cili kepada anggota polis pengiring sehingga menyebabkan mata mereka pedih.
“Dalam masa yang sama mereka (sembilan OKT) bertindak memukul empat anggota polis pengiring terbabit dengan gari dan tangan mereka,” katanya.
Abdul Rahim berkata, empat anggota polis yang mengalami kecederaan di mata, kepala dan kaki itu dirawat sebagai pesakit luar di HSJ.
“Empat anggota polis berusia 30-an itu dari Balai Butterworth, di sini mendakwa dihentak dan dipukul dengan gari dan kejadian itu berlaku dengan pantas,” katanya.
Kes itu disiasat menurut Seksyen 223/224 kerana cuai dan 394 Kanun Keseksaan.
“Selain itu kita juga akan menyiasat empat anggota polis yang mengiringi mereka kerana mungkin kelalaian pihak polis kerana tidak membuat pemerikaan secara terperinci ketika mengambil OKT daripada penjara,” katanya.
sumber
photo320130107163855
385338_10200233403543951_1234624627_n

0 komentar

MB Kedah ceria dan kembali bertugas kata setpol

Malaysiakini

  • Abdul Rahim Sabri
  •   Sep 5 2012
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kembali menjalankan tugas rasminya hari ini selepas dua minggu mendapat rawatan kesihatan di Kedah Medical Centre (KMC).

NONEMenurut setiausaha politiknya, Mohamad Sanusi Mohd Nor (kanan) berkata Azizan hari ini mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman.

"Mesyuarat exco sedang berlangsung di bilik mesyuarat exco, blok E, Wisma Darul Aman. MB pengerusikan mesyuarat dan dia sudah sihat untuk bertugas," kata Mohamad Sanusi melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini pagi ini.

Beliau berkata semua exco hadir dalam mesyuarat tersebut termasuk setiausaha dan penasihat undang-undang kerajaan negeri kecuali Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan Datuk Amiruddin Hamzah.
Mohamad Sanusi yang juga ketua penerangan PAS Kedah berkata, ADUN Anak Bukit itu kini berada di luar atas tugas rasmi. 
    
anwar left kedah mb azizan centre.jpgPada 31 Ogos lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilapor berkata Azizan sedang berehat di hospital itu kerana keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu.
Azizan dimasukkan ke wad pada 25 Ogos lalu.

Katanya, Azizan dinasihatkan doktor agar berehat bagi mempastikan beliau mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau.

Ditanya rawatan yang dijalani Azizan sewaktu berada di KMC, Mohamad Sanusi meminta perkara itu perlu dirujuk doktor yang merawatnya tetapi setahunya pesuruhjaya PAS Kedah itu terkena "jangkitan kuman".

"Dia diberi antibiotik yang kuat kerana kuman itu dah imune (mangli) dengan antibiotik yang diberi masa kes di IJN (Institut Jantung Negara) tahun lepas," katanya.
Kehadiran Azizan ke pejabat hari ini menamatkan spekulasi pelbagai pihak bahawa beliau akan digantikan dengan calon lain dalam pilihan raya akan datang.
Perkembangan isu berkenaan malah menyebabkan Umno dan Gerakan Kedah mencadangkan supaya undang-undang tubuh negeri dipinda bagi mewujudkan jawatan timbalan menteri besar.
0 komentar

Gambar dulu dan terkini Muammar Gaddafi


Muammar Gaddafi telah memerintah Libya sejak beliau menumbangkan Raja Libya Raja Idris pada Tahun 1969.

Gaddafi dan Presiden Mesir Gama Abdul Nasser tiba bersama-sama menjelang sidang kemuncak Arab pada tahun 1969.

Pemimipin Timur Tengah di Kaherah untuk membincangkan mengenai situasi Jordan pada tahun 1970.Dari kiri Raja Faisal dari Arab Saudi,Muammar Gaddafi,Presiden Abdul Rahman dari Yaman dan Presiden Mesir Gamal Abdul Nasser.

Gaddafi di Britain pada tahun 1973.

Mula berambut kerinting selepas kerap makan Maggi.


Gaddafi dan Presiden USSR,Leonid IIyich Brejniv dan Setiausaha Agung Parti Komunis Rusia.

Rambut Gaddafi bertambah kerinting selepas terpengaruh dengan gaya Kumpulan Alleycat.

Mula berkaca mata selepas melihat kehebatan tarian Michael Jackson.

Berkopiah ketika kumpulan Raihan mula meraih populariti dengan nyanyian Puji-pujian.

Dendam kesumat dari Gaddafi keatas USA.







Kawan ketika senang sahaja.Walaupun Gaddafi menjalinkan hubungan rapat dengan negara-negara besar,Gaddafi tidak mampu meminta pertolongan dari rakan-rakan beliau ketika rakyanya mula menyirap tengok mamat kerinting itu.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. grow up - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger