Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label kaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kaki. Tampilkan semua postingan

Sanggup Potong Kaki Kerana Kasut Tumit Tinggi


New York – Seorang wanita muda yang dilahirkan dengan kecacatan kaki membuat keputusan drastik untuk memotong kakinya agar dia dapat memakai kasut tumit tinggi untuk kali pertama.

Dilahirkan dengan kaki kirinya bengkok, Mariah Serrano, 21, dimaklumkan doktor yang keadaannya tidak membolehkan dia memakai kasut tumit tinggi atau mencapai impiannya untuk bekerja dalam industri fesyen.


Mariah dari New York memutuskan untuk memotong separuh kakinya dan digantikan dengan kaki palsu.

Kini Mariah boleh memakai semua jenis kasut termasuk kasut tumit tinggi dan sandal.

“Sukar untuk membiasakan diri dengan kasut tumit tinggi tetapi gadis tanpa kaki dan yang mempunyai masalah kaki pun perlu belajar memakai kasut tumit tinggi buat kali pertama. Saya tidak pernah rasa sangat glamor atau sungguh berkeyakinan.

“Apabila diberitahu yang saya tidak boleh memakai kasut tumit tinggi dan perlu melupakan impian saya, saya sangat sedih.

“Pakar berkata, terdapat pilihan lain iaitu memotong kaki saya. Ibu sangat takut tetapi saya tidak boleh melupakan pendapat pakar itu. Saya perlu memikirkannya secara mendalam,” katanya.

Dalam kebanyakan kes, kaki yang bengkok itu dipulihkan ketika zaman kanak-kanak dengan memakai pendakap atau menjalani pembedahan. Namun, ketika Mariah berusia 16 tahun, keadaan kakinya tidak berubah walaupun sudah menjalani lima pembedahan.

“Saya jemu memakai pendakap kaki. Disebabkan sebelah kaki lebih kecil, memakai kasut benar-benar satu masalah.

“Saya terpaksa memakai kasut sukan ketika malam prom sekolah tinggi semasa berusia 17 tahun. Saya rasa cemburu dengan kawan-kawan yang memakai kasut tumit tinggi,” katanya.

Pada April 2009, dia bertemu pakar yang memberitahunya mengenai pilihan memotong kaki.

“Buat kali pertama, saya mula memikirkan yang saya boleh melaluinya tetapi saya masih takut.

“Sehinggalah saya membaca artikel mengenai pereka kegemaran saya, Alexander McQueen yang mereka sepasang kaki palsu untuk atlit Aimee Mullins, saya tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya. – Agensi
0 komentar

Budak malang yang dipotong kedua kaki dan tangan dapat pampasan RM30 juta

myMetro 


SACRAMENTO: Keluarga kanak-kanak yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki dan tangannya kerana terlalu lama terbiar di bilik kecemasan semalam bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan pampasan RM30 juta.

Malyia Jeffers baru berusia dua tahun apabila dibawa ibu bapanya ke Hospital Methodist di Sacramento pada November tahun lalu kerana demam, masalah kulit dan lesu.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sacramento pada 14 Februari lalu, kakitangan hospital berkenaan meminta keluarga terbabit menunggu di situ walaupun keadaan Malyia semakin serius.

Dokumen itu menyatakan, ibu bapa Malyia merayu berkali-kali supaya petugas hospital merawat anak mereka, tetapi terus diminta menunggu sehingga lima jam sebelum dibawa berjumpa doktor.

“Pasangan Ryan Jeffers dan Leah Yang melihat sendiri bagaimana anak mereka semakin lemah dan kritikal apabila petugas hospital enggan memberikan rawatan awal,” dakwa dokumen itu.


Sebelum dirawat, kesan tubuh Malyia semakin merebak sehingga ke kedua-dua kaki, tangan dan muka.

Keadaan itu menyebabkan Jeffers dan Leah ketakutan kerana bimbang Malyia akan menghembus nafas terakhir sebelum sempat dirawat.

Selepas diperiksa, Malyia diterbangkan ke Hospital Kanak-kanak Lucile Packard di Universiti Stanford.

Di situ, doktor menemui bakteria Streptococcus A yang menjangkiti darah dan organ Malyia, memaksa mereka segera menjalankan pembedahan membuang kedua-dua kaki kanak-kanak malang terbabit.

Menurut dokumen mahkamah, sebahagian besar wang pampasan itu akan disimpan dalam tabung amanah untuk kegunaan semasa dan akan datang Malyia.

Simpanan itu juga membolehkan Malyia menerima anuiti AS$$16,932 (RM51,888) sebulan apabila dia berusia 18 tahun.

Bayaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa dan Milya akan memperoleh anuiti hampir dua kali ganda menjelang usianya 30 tahun. - DM

0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. grow up - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger