Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label kanak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kanak. Tampilkan semua postingan

Wanita Dalam Badan Kanak Kanak

Laxmi

New Delhi – Laxmi Yedev secara tragis bagaikan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup – wanita yang selamanya terperangkap dalam tubuh kanak-kanak.
Dia masih mampu mengukir senyuman ketika diwawancara walaupun jelas Laxmi kelihatan berusaha untuk mengekalkan semangatnya.
Dengan ketinggian 0.99 meter (3 kaki 3 inci) dan mempunyai berat 19.05 kilogram, penyakit hormon yang karang berlaku meragut kehidupan biasa daripada Laxmi. Dia tidak lagi membesar sejak berusia lima tahun dan sehingga ini masih memakai baju kanak-kanak berusia enam tahun.
Dia melihat kawan-kawannya membesar menjadi wanita, sepanjang masa mengetahui dia tidak akan mencapai akil baligh.
Mereka akan menjadi isteri dan ibu, manakala Laxmi terpaksa menjalani kehidupan dalam ketakutan dan cemuhan.
Laxmi berkata: “Saya dibuli sepanjang usia dewasa kerana saiz yang kecil. Saya jarang keluar rumah kerana takut disakiti.”
Bapanya, pengawal keselamatan, Bahadur, 58 meraih 8,000 rupee (RM423) sebulan, tidak mampu untuk mendapatkan hormon pembesaran yang mungkin dapat membantu keadaan Laxmi jika diambil sebelum dia mencecah usia 16 atau 17 tahun.
Nasib baik Laxmi yang berasal dari Gurgoan dekat ibu negara India, New Delhi dapat pergi ke sekolah yang sama seperti Azad dan adiknya, Suman, 15, yang mempunyai ketinggian normal.
“Saya benci bertemu dengan rakan baru kerana ia menyakitkan apabila setiap kali direnung dan dibuli. Saya kini belajar untuk tidak mempedulikan mereka dan kadangkala saya agak biadap dan memberitahu mereka apa yang saya fikirkan,” katanya. – Sunday People
0 komentar

Kanak kanak lima tahun seberat 76kg




SUMAN





NEW DELHI - Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun di Benggal Barat mencetuskan kebimbangan ibu bapanya dan doktor kerana mengalami masalah berat badan yang melampau.
Kanak-kanak itu, Suman Khatun mempunyai tabiat makan yang luar biasa sehingga menyebabkan berat badannya mencecah 76.20 kilogram (kg).
Pada setiap minggu, Suman makan 10kg beras dan 24 butir telur.
Keluarga kanak-kanak itu memperoleh pendapatan £6 (RM35) seminggu.
Keadaan itu menyebabkan Suman terpaksa meminta makanan daripada jiran atau rakan-rakannya jika keluarganya tidak mempunyai makanan.
Suman menderita penyakit kelenjar pituitari yang tidak berfungsi dan ia memerlukan rawatan khusus di sini.
"Kami terdesak bagi mendapatkan rawatan buat Suman tetapi kami tidak mampu untuk pergi ke bandar," kata ibunya, Belly Bibi, 33. - Agensi
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. grow up - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger