Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label lepas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lepas. Tampilkan semua postingan

Amuk lepas berzikir di atas motorsikal

 15 Nov 2013
Maran- myMetro: Seorang pemuda pada mulanya berzikir di atas motosikal di tengah jalan raya tiba-tiba bertindak di luar dugaan apabila menyerang dan merampas sepucuk pistol milik anggota polis sebelum melepaskan empat das tembakan ke udara.

Dalam kejadian berdekatan susur keluar Lebuhraya Pantai Timur di Plaza Tol Chenor, di sini, jam 12.45 tengah malam kelmarin, lelaki berusia 22 tahun itu kemudian bertindak lebih agresif apabila melarikan kereta peronda polis lebuh raya (HMPV) Mitsubishi Lancer.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, suspek dikenali sebagai Muhd Nasrulfahmi Abdul Nasir dipercayai mengalami masalah mental.

Menurutnya, selepas dikejar polis selama empat jam, HMPV dipandu suspek terbabas dan melanggar perhentian bas di Kilometer 107, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Kampung Bukit Lada, Pekan Awah, di sini.
FotoSULAIMAN menunjukkan HMPV dilarikan suspek yang remuk akibat terbabas, semalam.

“Polis menahan suspek jam 4.30 pagi (semalam) dan segera membawanya ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, selepas dia parah di kepala.

0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. grow up - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger