Featured Post Today
print this page
Latest Post

Daftar Vampir Paling Top di Dunia

foto

Vampir berparas rupawan di seri Twilight boleh mendominasi box office belakangan ini, tapi survei membuktikan vampir jadul Count Dracula sebagai mahluk penghisap darah paling populer sepanjang sejarah perfilman.
Survei itu dilansir majalah film Inggris, SFX, dalam situsnya www.sfx.co.uk. Lebih dari 8000 responden ikut sumbang suara.

Count Dracula, yang digambarkan sebagai pria tua pucat dengan taring untuk merobek urat korban, pertama nongol di layar perak pada 1950-an, diperankan oleh Christopher Lee. Tokoh horor ini kembali difilmkan dalam Bram Stokers Dracula oleh Gary Oldman pada 1992.

Di posisi runner up, bertengger Spike, dari serial televisi Buffy the Vampire Slayer, dan Angel dari serial yang sama. Serial Buffy terbukti sukses dalam urusan hisap-menghisap darah karena bertinjauan menempatkan empat tokohnya dalam daftar sepuluh besar.

Uniknya, Edward Cullen, vampir tampan dan bertubuh bagas dalam seri Twilight, tidak masuk dalam kategori vampir top. Penghisap darah yang diperankan Robert Pattison ini cuma nangkring di posisi 14, kalah dari bebek penghisap darah dalam Count Duckula milik Disney di posisi 9.

Berikut daftar vampir paling tersohor:
1. Dracula
2. Spike (Buffy the Vampire Slayer)
3. Angel (Buffy the Vampire Slayer)
4. John Mitchell (Being Human)
5. Drusilla (Buffy the Vampire Slayer)
6. Eric Northman (True Blood)
7. Mick St John (Moonlight)
8. Selene (Underworld)
9. Count Duckula (Count Duckula)
10.Darla (Buffy the Vampire Slayer)
 
 
sumber
0 komentar

Usah momokkan pengundi kata Musa pada Dr M Shahrizat

  • Malaysiakini Apr 17 2013
 
Bekas ketua polis negara Musa Hassan menggesa ahli politik berhenti menakutkan orang ramai dengan membuat kenyataan tentang kemungkinan berlakunya ketegangan dan rusuhan kaum jika terdapat pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum.

Bercakap dalam forum berhubung peralihan kuasa yang aman dan lancar di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam, Musa mengulas kenyataan terbaru oleh Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil dan bekas perdana menteri Dr Dr Mahathir Mohamad.

NONEShahrizat sebelum ini dilapor membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969 dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Tahunan Umno pada November tahun lalu.

Sementara Mahathir pula baru-baru ini menulis di blog bahawa pemimpin popular DAP Lim Kit Siang boleh merenggangkan Melayu dan Cina dalam kempennya untuk mendapatkan Gelang Patah.

"Sebagai pemimpin, mereka patut menasihatkan rakyat bertenang dalam memilih kerajaan pilihan hati mereka," kata Musa, yang dilihat lantang menyuarakan pendapatnya selepas bersara.

"Bagi saya, (kenyataan) itu hampir seperti menghasut," tambahnya.
0 komentar

Cerai Sebab Masalah Ketagihan Dadah Lamar


KHLOE Kardashian dikatakan mahu menuntut cerai disebabkan masalah ketagihan dadah suaminya, Lamar Odom yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Menurut sumber TMZ, Lamar dikatakan mempunyai masalah kebergantungan terhadap bahan terlarang itu sejak dua tahun lalu.

Ogos tahun lalu, Khloe telah memaksa suaminya mendaftar di pusat pemulihan di San Diego namun hanya selepas tiga minggu, Lamar sudah meninggalkan pusat tersebut.

Walaupun berdepan dengan krisis penceraian, satu sumber mengatakan Khloe lebih mementingkan mahu menyelamatkan Lamar daripada najis dadah daripada menamatkan perkahwinan mereka.

Ahli keluarga Kardashian yang lain turut sudah memujuk Lamar untuk memasuki semula pusat pemulihan namun bintang bola keranjang itu tetap dengan pendiriannya tidak akan kembali ke situ.

Oleh:  AUDREY LEE
0 komentar

Skuad Wushu Peroleh 2 Perak 1 Gangsa


PALEMBANG – Skuad wushu negara ke Temasya Sukan Perpaduan Islam (ISG 2013) Ketiga membuka gelanggang hari pertama dengan mengutip dua pingat perak dan satu pingat gangsa di Stadium Gimnastik Jakabaring dekat sini hari ini.

Pingat perak pertama negara diraih menerusi Gjeblehim Bong Teck Fuu yang beraksi dalam acara Nan Quan individu lelaki dengan mengutip 9.60 mata, pingat gangsa pula milik rakan senegara Kevan Cheah Peng Heng selepas mengumpul 9.56 mata.

Atlet Iran, Farshad Arabi dinobatkan sebagai juara selepas meraih 9.63 mata.

Chan Lu Yi menyumbang pingat perak kedua negara setelah berjaya mendapat 9.54 mata bagi acara Taiji Quan individu wanita.

Pingat emas bagi acara itu milik tuan rumah, Indonesia menerusi atletnya Lindswell setelah berjaya mengutip 9.69 mata, manakala pingat gangsa dimenangi Hamideh Barkhor yang mewakili Iran dengan kutipan 9.30 mata.

Bong, 22, berkata beliau masih tidak percaya dapat menyumbang pingat pertama dari kem wushu hari ini keranau tidak meletakkan sebarang harapan sebelum ini.

“Saya tidak percaya boleh menang hari ini, kejayaan ini membakar semangat saya untuk menyumbang sebutir pingat lagi daripada acara Nan Dao individu lelaki esok dan acara Nan Gun individu lelaki pada hari berikutnya,” katanya kepada Bernama.

Atlet pelapis berasal dari Serawak itu berkata saingan yang diterima daripada peserta lain terutama dari Iran amat mencabar dan beliau rasa bertuah kerana dapat mempelajari sesuatu yang baharu di Palembang.

“Saya harap mampu pergi jauh lagi dalam sukan wushu kerana ia telah menjadi sebahagian daripad hidup saya,” katanya. – BERNAMA
0 komentar

Sharnaaz Ahmad Mahu Bergelar Pelumba Motosikal


PELAKON Sharnaaz Ahmad memberitahu dia berhasrat merealisasikan cita-citanya untuk bergelar pelumba motosikal profesional yang dipendam sejak kecil.

Sharnaaz, 28, berkata, dia sudah menjalani latihan di Litar Sepang sejak beberapa bulan lalu dan mengakui bukan mudah untuk mengendalikan motosikal berkuasa tinggi.

“Saya memang sudah lama minat untuk menjadi pelumba motosikal tetapi hasrat itu masih belum tercapai namun kini saya sudah mula menjalani latihan dan sukan ini sangat menyeronokkan.

“Setakat ini saya masih baharu lagi menjalani latihan dan ternyata bukan mudah untuk menjadi seorang penunggang profesional selain banyak perkara yang saya pelajari,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Sharnaaz berkata, selain pengendalian yang betul, ciri-ciri keselamatan juga perlu diberi fokus supaya tidak berlaku sebarang kemalangan tidak diingini.

“Apa-apa pun keselamatan paling penting dan perkara itu sangat diutamakan kepada semua pelumba,” ujarnya.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia juga berhasrat untuk kembali kepada kerjaya lamanya iaitu dalam bidang hartanah selepas mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia lakonan.

Bagaimanapun kata Sharnaaz, buat masa ini dia masih lagi mempertimbangkan keputusannya itu kerana dia masih mempunyai beberapa lagi projek yang perlu diselesaikan sebelum bersara.

“Saya sayangkan dunia lakonan tetapi dengan pelbagai kontroversi yang melanda membuat saya nekad dengan keputusan itu. Bagaimanapun saya tidak boleh pentingkan diri kerana masih ada beberapa projek perlu diselesaikan,” katanya.

Sharnaaz bakal muncul dengan drama terbaharunya berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta bergandingan dengan Nelydia Senrose bermula hari ini (Isnin) di saluran Mustika HD 134. – mStar
0 komentar

Budak malang yang dipotong kedua kaki dan tangan dapat pampasan RM30 juta

myMetro 


SACRAMENTO: Keluarga kanak-kanak yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki dan tangannya kerana terlalu lama terbiar di bilik kecemasan semalam bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan pampasan RM30 juta.

Malyia Jeffers baru berusia dua tahun apabila dibawa ibu bapanya ke Hospital Methodist di Sacramento pada November tahun lalu kerana demam, masalah kulit dan lesu.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sacramento pada 14 Februari lalu, kakitangan hospital berkenaan meminta keluarga terbabit menunggu di situ walaupun keadaan Malyia semakin serius.

Dokumen itu menyatakan, ibu bapa Malyia merayu berkali-kali supaya petugas hospital merawat anak mereka, tetapi terus diminta menunggu sehingga lima jam sebelum dibawa berjumpa doktor.

“Pasangan Ryan Jeffers dan Leah Yang melihat sendiri bagaimana anak mereka semakin lemah dan kritikal apabila petugas hospital enggan memberikan rawatan awal,” dakwa dokumen itu.


Sebelum dirawat, kesan tubuh Malyia semakin merebak sehingga ke kedua-dua kaki, tangan dan muka.

Keadaan itu menyebabkan Jeffers dan Leah ketakutan kerana bimbang Malyia akan menghembus nafas terakhir sebelum sempat dirawat.

Selepas diperiksa, Malyia diterbangkan ke Hospital Kanak-kanak Lucile Packard di Universiti Stanford.

Di situ, doktor menemui bakteria Streptococcus A yang menjangkiti darah dan organ Malyia, memaksa mereka segera menjalankan pembedahan membuang kedua-dua kaki kanak-kanak malang terbabit.

Menurut dokumen mahkamah, sebahagian besar wang pampasan itu akan disimpan dalam tabung amanah untuk kegunaan semasa dan akan datang Malyia.

Simpanan itu juga membolehkan Malyia menerima anuiti AS$$16,932 (RM51,888) sebulan apabila dia berusia 18 tahun.

Bayaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa dan Milya akan memperoleh anuiti hampir dua kali ganda menjelang usianya 30 tahun. - DM

0 komentar

GAMBAR 9 Tahanan Larikan Van PDRM Turut Pukul Dan Larikan Anggota Polis!


GAMBAR: 9 Tahanan Larikan Van PDRM, Turut Pukul Dan Larikan Anggota Polis!

Dua daripada sembilan tahanan, yang meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul empat anggota polis pengiring ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di sini pagi tadi, berjaya ditangkap semula.
Sementara tujuh lagi dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang kelapas sawit selepas berjaya membuka gari menggunakan kunci yang ada di dalam van berkenaan.
“Tujuh yang melarikan diri ini berusia antara 20 dan 30 tahun serta sangat berbahaya dan agresif,” kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dipetik Bernama petang ini.
Dalam kejadian pukul 9 pagi di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth itu, empat anggota polis terbabit turut ditolak keluar daripada van di tepi lebuh raya berkenaan.
Van itu dijumpai ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor dekat sini, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian iaitu di Tol Bagan Ajam berhampiran Pantai Bersih, katanya kepada pemberita selepas melawat anggota polis yang cedera terbabit di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.
Mengulas rentetan kejadian, Abdul Rahim berkata, tahanan terbabit dibawa ke mahkamah bagi prosiding sebutan semula kes dan mendapat perintah tahanan reman.
“Ketika tiba di Tol Bagan Ajam iaitu berhampiran Pantai Bersih, seorang OKT (tahanan) yang dibawa itu berpura-pura bergaduh antara satu sama lain lalu menyebabkan anggota polis yang memandu van berkenaan memberhentikan kenderaan di tepi jalan.
“Semasa van itu berhenti, salah seorang daripada suspek itu bertindak membaling serbuk cili kepada anggota polis pengiring sehingga menyebabkan mata mereka pedih.
“Dalam masa yang sama mereka (sembilan OKT) bertindak memukul empat anggota polis pengiring terbabit dengan gari dan tangan mereka,” katanya.
Abdul Rahim berkata, empat anggota polis yang mengalami kecederaan di mata, kepala dan kaki itu dirawat sebagai pesakit luar di HSJ.
“Empat anggota polis berusia 30-an itu dari Balai Butterworth, di sini mendakwa dihentak dan dipukul dengan gari dan kejadian itu berlaku dengan pantas,” katanya.
Kes itu disiasat menurut Seksyen 223/224 kerana cuai dan 394 Kanun Keseksaan.
“Selain itu kita juga akan menyiasat empat anggota polis yang mengiringi mereka kerana mungkin kelalaian pihak polis kerana tidak membuat pemerikaan secara terperinci ketika mengambil OKT daripada penjara,” katanya.
sumber
photo320130107163855
385338_10200233403543951_1234624627_n

0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. grow up - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger