Featured Post Today
print this page
Latest Post

Berang gara gara anak enggan ikut bersiar siar


BUKIT MERTAJAM - Berang kerana anak-anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar, seorang suami sanggup melampiaskan kemarahan terhadap isterinya walaupun ketika berada di hospital. 

Wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda di sini, berkata suami memintanya agar memberi kefahaman kepada  anak-anak yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar.

"Anak kedua merengek dan enggan mengikutnya. Mungkin ini membuatkan dia menjadi marah," ujar wanita yang memiliki tiga orang anak berusia antara empat hingga sembilan tahun, hasil perkongsian hidup selama 12 tahun dengan suaminya itu.


0 komentar

Super X Ray untuk kaji teras bumi

Super X-Ray untuk kaji teras bumi


Super X-Ray untuk kaji teras bumi
Ahli-ahli sains telah lama membuat spekulasi dengan tepat apa yang boleh tinggal di tengah-tengah teras Bumi dan kini penyelidik diEuropean Synchrotron Radiation Facilitymerancang untuk mengetahui melalui penggunaan pancaransuper X-Ray.

ESRF baru-baru ini mengkonfigurasikan untuk menggunakan pemecut zarah yang besar yang boleh membuat pelbagai pancaran X-Ray kuat yang menyediakan ahli-ahli sains dengan melihat pada subjek di peringkat atom.

Dipanggil mesin ID24, ia akan membolehkan saintis mensubjekkan logam tertakluk kepada tekanan yang sangat tinggi dan suhu yang biasanya hanya dilihat di dalam teras bumi, sudah tentu mereka akan memerhatikan apa yang berlaku kepada objek tersebut untuk lebih memahami teras planet kita.

Menurut Popular Science, ID24 tidak akan memulakan uji kaji sehingga musim bunga 2012 tetapi apabila ia akhirnya masuk ke dalam pengeluaran, penyelidik berharap untuk menerima 1 juta ukuran sesaat yang seterusnya akan memperlihatkan kepada mereka dengan tepat apa yang berlaku apabila unsur-unsur seperti Besi dipanaskan hingga 10,000 darjah.

Dengan memeriksa bagaimana logam dikaji pada kedalaman ekstrim, saintis juga berharap agar lebih memahami medan magnet Bumi.


[The Inquisitr]
0 komentar

AMARAN MISUARI KEPADA MALAYSIA


MANILA - Pengerusi dan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari memberi amaran kepada pihak berkuasa Malaysia supaya tidak membunuh para pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Kampung Tanduo, Sabah, lapor portal berita ABS-CBNnews.com semalam.

Misuari turut menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak mengapa-apakan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin.

"Sejurus anda berbuat demikian ia sama dengan mengisytihar perang terhadap orang kami dan MNLF. Ia menjadi tugas untuk kami melindungi orang kami," katanya.

"Setiap titik darah mereka adalah suci buat kami, tambah Misuari.

Misuari bagaimanapun menafikan beliau merupakan dalang dalam kejadian pencerobohan para pengikut Jamalul Kiram di Sabah.

"Menjadi pembiaya kewangan bukannya satu persoalan.

"Kenapa saya perlu menjadi pembiaya para pengikut Sultan? Hanya kira-kira 200 orang (pengikut Jamalul Kiram yang menceroboh Sabah). Itu bukannya cara saya," katanya kepada pemberita semasa menemui sultan pengganas itu di rumahnya di sini.

Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu mengarahkan pengikut-pengikutnya yang diketuai adiknya menceroboh Lahad Datu pada Februari lalu kerana mendakwa ia merupakan tanah warisan Kesultanan Sulu.
GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan Misuari (kanan) bertemu dengan pemimpin pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Misuari berkata, sebagai pemimpin MNLF, dia mampu untuk menggerakkan seramai 4,000 orang untuk memburu anggota-anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang pernah menjadikan warga asing sebagai tebusan di Mindanao.

Namun, beliau tidak menafikan sebahagian pengikut Jamalul Kiram merupakan anggota MNLF.

"Mereka (anggota-anggota MNLF) pergi ke sana (Sabah) tanpa pengetahuan saya.

"Saya tidak mengarahkan sesiapa untuk menyertai mereka," katanya.

Misuari pernah ditangkap di Malaysia pada tahun 2001 kerana dituduh mengetuai pemberontakan yang menyebabkan kira-kira 100 orang terbunuh di selatan Filipina.

Bagaimanapun, sebuah mahkamah telah membebaskan Misuari kerana tiada bukti yang mencukupi bagi mendakwa beliau menjadi dalang dalam serangan di Pulau Jolo.

Sementara itu, Presiden Filipina, Benigno Aquino III sebelum ini berkata, krisis yang berlaku jelas menunjukkan ada konspirasi sehingga menyebabkan Jamalul Kiram dan para pengikutnya membuat tuntutan ke atas Sabah.

Aquino menyatakan Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kuranya 100,000 peso (RM7,615) bagi menyewa sebuah bot besar untuk menghantar para pengikutnya ke Lahad Datu.

Menurutnya, keluarga Kiram III menggunakan dua buah bot besar dan sebuah bot laju ke Sabah.

Aquino menjelaskan, Jamalul Kiram sendiri tidak mungkin mampu untuk membiayai operasi itu kerana beliau menerima bantuan kebajikan daripada pemerintah bagi menjalani rawatan dialisis. - Agensi

SUMBER : http://www.kosmo.com.my
0 komentar

MB Kedah ceria dan kembali bertugas kata setpol

Malaysiakini

  • Abdul Rahim Sabri
  •   Sep 5 2012
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kembali menjalankan tugas rasminya hari ini selepas dua minggu mendapat rawatan kesihatan di Kedah Medical Centre (KMC).

NONEMenurut setiausaha politiknya, Mohamad Sanusi Mohd Nor (kanan) berkata Azizan hari ini mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman.

"Mesyuarat exco sedang berlangsung di bilik mesyuarat exco, blok E, Wisma Darul Aman. MB pengerusikan mesyuarat dan dia sudah sihat untuk bertugas," kata Mohamad Sanusi melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini pagi ini.

Beliau berkata semua exco hadir dalam mesyuarat tersebut termasuk setiausaha dan penasihat undang-undang kerajaan negeri kecuali Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan Datuk Amiruddin Hamzah.
Mohamad Sanusi yang juga ketua penerangan PAS Kedah berkata, ADUN Anak Bukit itu kini berada di luar atas tugas rasmi. 
    
anwar left kedah mb azizan centre.jpgPada 31 Ogos lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilapor berkata Azizan sedang berehat di hospital itu kerana keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu.
Azizan dimasukkan ke wad pada 25 Ogos lalu.

Katanya, Azizan dinasihatkan doktor agar berehat bagi mempastikan beliau mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau.

Ditanya rawatan yang dijalani Azizan sewaktu berada di KMC, Mohamad Sanusi meminta perkara itu perlu dirujuk doktor yang merawatnya tetapi setahunya pesuruhjaya PAS Kedah itu terkena "jangkitan kuman".

"Dia diberi antibiotik yang kuat kerana kuman itu dah imune (mangli) dengan antibiotik yang diberi masa kes di IJN (Institut Jantung Negara) tahun lepas," katanya.
Kehadiran Azizan ke pejabat hari ini menamatkan spekulasi pelbagai pihak bahawa beliau akan digantikan dengan calon lain dalam pilihan raya akan datang.
Perkembangan isu berkenaan malah menyebabkan Umno dan Gerakan Kedah mencadangkan supaya undang-undang tubuh negeri dipinda bagi mewujudkan jawatan timbalan menteri besar.
0 komentar

Terpedaya dakyah Jepun



MENGIMBAU kembali sejarah pembinaan landasan kereta api maut dengan melintasi kawasan berkenaan pastinya memberikan satu pengalaman yang unik kepada pengunjung.



FILEM Bridge On The River Kwai keluaran Hollywood pada tahun 1957 mungkin jarang dikenali anak muda kini, namun kisah sekumpulan tahanan perang tentera British itu popular di kalangan generasi lama.
Malah ia lebih sentimental jika individu itu sendiri pernah terlibat menjadi buruh paksa dalam membina landasan kereta api maut di antara Thailand-Burma (kini Myanmar) semasa Perang Dunia Kedua dahulu.
Biarpun plot filem diubah, tetapi realitinya jambatan yang dimaksudkan itu yang terletak di Sungai Mae Klong dalam Wilayah Kanchanaburi, Thailand masih wujud dan dikenali sebagai Jambatan Sungai Khwae Yai sejak 1960.
Salah seorang yang terbabit membina jambatan itu ialah Daud Puteh, 82. Anak kelahiran Kampung Cherang Hangus, Lubok Jong, dekat Pasir Mas, Kelantan ini turut merasai kepayahan bergelar buruh paksa tentera Jepun.
Memulakan bicara, kesusahan hidup semasa era perang menyebabkan dia beria-ia memujuk ibunya agar membenarkannya bekerja dengan tentera Jepun di Thailand, apatah lagi beberapa teman sekampung turut serta.
"Walaupun kehidupan kampung tidak seteruk di bandar, tetapi janji Jepun mahu beri upah yang besar sebagai buruh menyebabkan saya teruja apatah lagi ingin lihat negara orang," ujarnya mengingati detik itu.
DAUD PUTEH


Daud berkata, pemergiannya ke sana atas kerelaan sendiri setelah tertarik dengan kempen dakyah Jepun yang menjanjikan layanan istimewa dan jaminan akan dihantar pulang ke kampung sebaik kerja-kerja buruh itu selesai.
"Dari kampung, saya bersama lima rakan berjalan kaki ke stesen kereta api Pasir Mas dan agak terkejut apabila melihat tidak kurang 200 anak muda seusia kami juga telah berada di situ sejak awal pagi lagi.
"Setelah kira-kira empat hari menunggu, kami diarah pula oleh tentera Jepun untuk menaiki gerabak kereta api barang yang setiap satunya mampu memuatkan 50 orang dan tidak kurang 20 gerabak kesemuanya.
"Sejak hari pertama berada dalam gerabak yang sesak itu saya dah mula rasa macam tertipu, apatah kami cuma diberi makan nasi dengan ikan kering saja sepanjang perjalanan," jelasnya mengimbau peristiwa itu.
Setelah lima hari perjalanan, kereta api berhenti di sebuah tempat dipercayai di Thailand dan semua buruh diarah keluar sebelum dipaksa berjalan kaki selama tiga hari tiga malam tanpa bekalan makanan yang mencukupi.
"Kalau tak silap, kami kemudian tiba di tempat bernama Nong Pladuk dekat Wilayah Ratchburi lalu diarah mendirikan sebuah bangsal besar yang boleh memuatkan antara 100 hingga 200 orang buruh," tambah Daud.
Ia menjadi tempat tinggal mereka sepanjang bekerja di situ. Mulai saat itu, dia mula terfikir untuk melarikan diri kerana tidak tahan dengan keadaan yang mengancam keselamatan tetapi sering terbantut.
"Maklumlah bimbang ditangkap tentera Jepun yang bengis. Semua buruh Malaya bekerja mencangkul, angkut dengan pongkes bagi tambak jalan untuk bina laluan kereta api namun kesihatan kami mula merosot.
"Ini kerana kerja berat dan tidak cukup makan. Buruh yang maut cuma dibakar, dihanyut ke sungai atau ditanam macam bangkai haiwan saja. Bermula saat itu, saya berazam untuk lari daripada igauan ngeri," ujarnya.
Bersama beberapa rakan, Daud berjaya meloloskan diri dari kem itu pada waktu malam sebelum hanyut selama dua hari dua malam di atas sebuah rakit yang mereka dibina sehinggalah tiba di sebuah wat Siam.
Dari sana mereka naik ke daratan lalu meredah hutan selama tiga hari tanpa tujuan sebelum tiba di pinggir kota Bangkok dan sepanjang tempoh itu mereka hanya makan pisang dan minum air hujan sahaja.
"Melalui bantuan penduduk tempatan, kami kemudian tinggal di Kampung Kok Nyai di pinggiran Bangkok sebelum pak cik berkahwin dengan seorang gadis tempatan dan dikurniakan seorang cahaya mata," katanya.
Ketika di situlah Daud turut mempelajari pelbagai ilmu perubatan tradisional berkaitan urat saraf khususnya dalam mengubati penyakit lemah tenaga batin, selain menguasai kemahiran tinju popular tomoi.
"Setelah kematian isteri, pada pertengahan tahun 1950, saya kembali ke Pasir Mas lalu menetap di Kampung Acing sebelum menikahi gadis tempatan (isterinya sekarang) dan dikurnia dua anak," ujarnya lagi.
Daud yang juga salah seorang guru tomoi tersohor di kampungnya malah dikenali kerana berkebolehan dalam perubatan tradisional seperti memulihkan semula tenaga batin, uluran, medu batu dan angin.
Uniknya, kisah hidup beliau turut dimuatkan dalam buku Buruh Buruh Paksa Landasan Keretapi Maut Burma terbitan Jabatan Muzium Negeri Kelantan pada tahun 2003 lalu.
Mengakhiri perbualan, Daud bagaimanapun melahirkan perasaan kecewa kerana harapan untuk merasai pampasan kerajaan Jepun yang dijanjikan Persatuan Buruh Buruh Paksa Landasan Keretapi Maut Burma tidak kesampaian.
Oleh ZAKI SALLEH & ABDULLAH AWANG
0 komentar

Kucing mata juling ini jadi terkenal

Spangles catBelum lepas dengan aura video Oppa Gangnam Style milik PSY yang heboh di dunia maya, sekarang datang lagi promadona baru. Kali ini bukan artis Korea atau penyanyi Rap, melainkan seekor kucing dengan mata juling yang kini sedang menjadi buah pembicaraan di dunia maya.
Seperti yang dilansir Daily Mail, nama kucing itu adalah Spangles, pemiliknya Mary Buchanan seorang mahasiswi yang tinggal di Spartanburg, South California.

Kucing ini mulai popular sejak Mary membuatkan Fan page di Facebook untuk kucingnya tersebut, dan sekarang kucing tersebut telah memiliki lebih dari 5000 folowers.
Setiap harinya para penggemar Spangles menunggu foto-foto kucing ini memakai kostum unik seperti kostum katak, harimau dan unicorn. “Dia tidak mengalami hal-hal aneh seperti pusing karena matanya tersebut, dia seekor kucing yang manis dan juga sangat manja, dia sering berbaring ditempat tidur dengan saya” kata Mary
  manadotoday
0 komentar

Produk Makanan Ini Ampuh Turunkan Berat Badan

grapefruit

Para ahli telah melakukan penelitian terhadap beberapa produk makanan dalam rangka membangun properti yang mempercepat metabolisme, dan dengan demikian memiliki pengaruh positif terhadap proses menurunkan berat badan.

Inilah daftar produk makanan untuk menurunkan berat badan, berdasarkan rekomendasi dari ahli gizi.

Bayam menduduki peringkat pertama, ke dua wortel. Dengan mencampur kedua produk ini, Anda dapat membuat bentuk tubuh menjadi ramping. Ahli gizi menyarankan untuk mencampur bayam dan wortel sebagai jus segar, dan dianjurkan menambah sedikit minyak zaitun. 

Di tempat ketiga, teh hijau, terlepas dari kenyataan bahwa teh hijau adalah minuman untuk kesehatan, namun cukup sehari secangkir teh, sebelumnya para ahli menemukan bahwa dosis lebih dari teh hijau berbahaya untuk kesehatan. Teh hijau mampu memberikan pembakaran yang cepat dari sel-sel lemak. Secangkir teh hijau, dingin, bebas gula, akan sangat berharga untuk beraktivitas dan paling efektif.

Posisi keempat ditempati oleh jeruk. Inklusi dalam diet salah satu jeruk segar akan mempertahankan sosok ramping.

Di tempat kelima mint dan keenam jahe. Sifat penyembuhan yang luar biasa dari tumbuhan ini telah dikenal sejak zaman kuno. Produk ini mampu memerangi kelebihan berat badan. Ditemukan bahwa campuran kedua produk ini dapat menghancurkan sel-sel lemak. Untuk mempercepat metabolisme, akan sangat membantu untuk minum teh dari jahe dan mint segar.

Itulah enam daftar produk makanan untuk melangsingkan tubuh Anda. 

0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. grow up - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger